|
Friday, April 15, 2011
LAMAN BLOG INI TIDAK AKAN DIUPDATE LAGI... TQ
SAYA AKAN MEMBUKA SATU KAUN BARU.. TUNGGU...
Posted at 03:54 pm by bungamerahku
Permalink
Friday, May 04, 2007
cuba baca kisah ni... satu motivasi... insaf aku....
Sebatang bambu yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang bambu ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang bambu lainnya. Suatu hari datanglah sang petani yang empunya pohon bambu itu. Dia berkata kepada batang bambu," Wahai bambu, maukah engkau kupakai untuk menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku?"
Batang bambu menjawabnya, "Oh tentu aku mau bila dapat berguna bagi engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu."
Sang petani menjawab, "Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu. Lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku. Akhir sekali aku akan membuang sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila itu semua sudah selesai, engkau akan menjadi paip yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang kutanam dapat tumbuh dengan subur."
Mendengar hal ini, batang bambu lama terdiam..... , kemudian dia berkata kepada petani, "Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek-ngorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua proses itu, Tuan?"
Petani menjawab batang bambu itu, " Wahai bambu, engkau pasti kuat melalui semua itu, karena aku memilihmu justru karena engkau yang paling kuat dari semua batang pada rumpun ini. Jadi tenanglah."
Akhirnya batang bambu itu menyerah, "Baiklah, Tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau kehendaki."
Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang bambu indah yang dulu hanya menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan berbuah banyak.
Pernahkah kita berfikir bahwa dengan masalah yang datang silih berganti tak habis-habisnya, mungkin Allah sedang memproses kita untuk menjadi indah di hadapan-Nya? Sama seperti batang bambu itu, kita sedang ditempa, Allah sedang membuat kita sempurna untuk di pakai menjadi penyalur berkat. Dia sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tak berkenan bagi-Nya. Tapi jangan kuatir, kita pasti kuat karena Allah tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul. Jadi maukah kita berserah pada kehendak Allah, membiarkan Dia bebas berkarya di dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna bagi-Nya? Seperti batang bambu itu, mari kita berkata, " Ini aku wahai Allah, perbuatlah sesuai dengan yang Kau kehendaki."
Posted at 04:04 pm by bungamerahku
Permalink
Thursday, April 13, 2006
Misha Omar – Ku Seru
Ku membayangi jiwa hati mu Tapi perpisahan menunggu Ku ingin membelai mu Namun kasih ku tiada restu
Diri begini kerna selalu Tinggalkan marah sengsara Hingga hilang terlupa Siapa aku sebenarnya Sayang…
(Korus) Oh dengarlah sayu tangisan ku Mengapa degupanmu ku seru Kerna kesepian nan berlalu Kembalikan hidup yang ku rindu
Oh dengarlah sunyi tangisan ku Kau tahu ku amat menyayangi mu Pergilah kau bukan milik ku Pulang pada yang mengasihi Diri mu…
Kesepian berlalu… Maafkan daku…
Sampai di sini ku lepaskan pergi Biar ku damai bersemadi Luka mu ku mengerti Kan ku hilangkan derita… ini
(Ulang korus)
Kau ku seru…
Posted at 01:04 pm by bungamerahku
Permalink
Monday, February 27, 2006
AL-Fatihah
21 Februari 2006 hubby dpt sms kata nenek hubby sakit tenat masuk hospital.. tanya mak kenapa.. mak kata tak tahu tiba2 tak bergerak… sblm tu nenek ada mengeluh kata badannya lemah….malam tu aku dgr bunyi burung… (tak tahu nama apa) org kata klu burung tu bunyi ada org nak meninggal.. bunyi dia kuat sgt macam kat tingkap rumah aku.. dlm hati terdetik.. siapa nak meninggal ni…rupanya nenek hubby sakit…
22 Februari 2006 hubby cuti ‘EL’ balik kampung tgk nenek di Hospital Melaka… Aku kerja macam biasa. Keadaan nenek tenat sekali… dia ditempatkan di wad ICU.. sesekali hubby call dan sms aku citer kabar nenek.. last call hubby kata nak balik KL amik aku ngan ammar sbb doktor kata nenek tak de harapan lagi.. doctor kata lagi 3 jam… aku marah kata macam doctor lak Tuhan…… leher nenek ditebuk masuk tiub untuk memudahkan penafasan… so aku stanby la kat sini tunggu hubby… dia sampai dlm pukul 5.00 jugak amik aku kat office balik umah siap nak balik kg… kemas punya kemas sampai mahgrib la jugak… hubby ajak g makan then aku tanya nenek cam mana…. Tgh makan mak dia call kata tak payah balik laa sbb save skit cuti, keadaan nenek macam tu jugak…
23 Februari 2006
malam tu mmg resah… tak berapa nak tido sgt… dlm pukul 5.30 aku terjaga sbb ammar pun tak lena tido.. terus bangun nak mandi tuk pegi keje… dlm kul 6.00 sepupu hubby call aku jawab… assalamualaikum, watie, kak ita ni, nenek dah tak de dalam pukul 2.30 pg td… innalilahiwainnalilahhirojiun…. Kejutkan hubby tuk terus balik kg… sms kat natrah pasal berita ni.. kejutkan ammar.. ammar dgn tak mandi terus balik kg.. nak mandikan dia sejuk pagi lagi… sampai kampung di Lubok Kepong, Melekek Dalam simpang 4, melaka… ramai saudara dan jiran terdekat mula hadir ziarah… hubby ambil air sembahyang dah sedekah kan yassin.. Aku tolong dia org sediakan kelengkapan untuk mandi dan kapankan jenazah… Sekejap tu mak aku pun sampai… bila saat memandikan nenek… mak aku pun tolong mandikan sekali… tgh mandi…. Abah panggil kata dpt call atuk aku pulak nazak… mak terus basuh tangan dan aku suruh mak balik tgk abah we (datuk) dulu.. aku akan menyusul selepas selesai urusan pengkebumian nenek nanti… tak lama dr tu.. abah call dgn suara dlm tangisan kata abah we dah tak de.. Ya Allah, hebatnya dugaan ini…. Aku maklumkan pada hubby..hubby janji selepas selesai kat sini kita balik ziarah…
semua urusan selesai dalam pukul 12.30.. sbb arwah nenek dikebumikan sebelum zohor. Selepas bgtau kat mak hubby kata kami nak balik kg abah we Kg Permatang, Kuala Sungai Baru, Melaka kami terus laa bergegas ke sana.. sampai kg dalam pukul 2 lebih jugak… aku masuk dlm rumah tgk org tgh baca yasiin.. aku ngan hubby terus ambil air sembahyang dan sedekah kan Yasin tuk abah we….. ada 4 org anak (mak/pak sedara) aku yg belum sampai… Dari Klang, Johor Bahru,Taman kosas, dan Kl…Jenazah akan dikebumikan selepas solat asar lebih kurang dlm pukul 5.00 ..
Jenazah mula di mandikan dalam pukul 3 lebih.. so mmg tak tunggu la nak lepas asar sgt.. siap mandi kami semua bagi la penghormatan yg terakhir… semasa kaffan mak sedara aku semua td sampai kecuali pak long aku.. tak tahu lah naper lambat mereka dr KL jek… so dia tak jumpa lah atuk aku.. dia sampai lps mahgrib…. So kami semua ambil la peluang terakhir ni .. aku dgn kudrat yg ada bangun cium arwah.. sblm2 ni aku tak berani sgt.. tak tahu kali ni berani pulak… sejuk kaku.. bau wangi.. busu aku 2-3 ulang cium arwah.. sedihnya.. adik sepupu aku dlm 2 thn yg tak tahu apa2 kata “we tidur’ ermm sedihnya… alhamddulilah.. Allah permudahkan urusan ke atas arwah ini.. siap kaffan dan penghormatan terakhir di solatkan 2 kali .. di rumah dan surau kg.. hari gelap nak hujan so kami percepatkanlah urusan pengkebumian…. Masa arwah dimasukan dalam lahad.. hujan turun dgn lebatnya…arwah ditanam sebelah kubur arwah nenek aku (mak we) ermmm disemadikan di situ… Semoga Arwah di tempatkan disisi org2 yang beriman… amin.. Al-fatihah!
Posted at 10:40 am by bungamerahku
Permalink
Saturday, May 28, 2005
Posted at 08:30 pm by bungamerahku
Permalink
Monday, May 16, 2005
 isyhh pening kepala juga bila anak tak mahu makan ni.. risau jugak... tak lapar ke dia nanti?.. malam tidur mesti tergangu sbb perut lapar.. tumbesaran juga boleh terganggu. ikuti tip pemakanan dr Knorr... aku amik ni kat web site era... semoga menjadi panduan kita semua
klik kat sini.....

Posted at 12:49 pm by bungamerahku
Permalink
Friday, May 13, 2005
COMELNYA SITI KHADIJAH....
assalamualikum
kat sini aku nak kongsi kegembiraan seorang ibu dan kegembiraan aku sendiri sebagai seorang kawan.. ni adalah anak kepada kawan aku.. aku panggil kat Wada... namanya SITI KHADIJAH... secomel wajahnya... ermmm tak tahu kenapa saat aku pangku khadijah hati aku terusik seakan ingin menimang cahaya mata lagi... al maklumlah AMMAR anak lelaki jadi teringin la jugak anak perempuan... tapi rasanya bukan dalam tempoh yg sesingkat ini.. sbb AMMAR dulu aku ceaser jadi tempoh tu panjang... tapi kalau ada rezeki aku terima.. jelaouse tau tgk kak WAda dpt Siti Khadijah... Kak Wada dapat lah sepasang.. first sulung kedua n ketiga lelaki dan last sekali khadijah ni la... ermm Khadijah lahir pada 12 Mei 2005 tak silap dlm kul 5.20 ptg. mengikut kata Kak Wada sehari selepas birthday atuknya... berat semasa dilahirkan 3.4kg.. semangat jugak tu... AMMAR dulu 3.22kg. lenguh jugak tu bila pangku atau mungkin aku yg dah lama tak pangku baby AMMAR kan dah besar.. so dukung je lah... wajahnta yg bulat merah macam buah epal.. dah tu ada yg kata aku kata 'budak epal' isyhh tak sesuai.. org kata cam buah epal je laaa... hehehehe..
SEtiap insan dilahirkan ibarat kain putih.. ibu bapa la jua yg mencoraknya... apa pun auntie bunga aka atie nak ucapkan semoga Deeja sihat, cepat membesar bagaikan johan. MOga2 menjadi anak yg taat, bijak dan berjaya dimasa hadapan... salam sayang dr auntie sekeluarga... dan salam sayang jugak buat kak wada... saya sayang akak sokmo.. muah!...
ni lah SITI KHADIJAH :-
(merah cam buah epal kan?)
Posted at 12:55 pm by bungamerahku
Permalink
Thursday, April 28, 2005
CAHAYA- Kris Dayanti
Dosakah aku, Bila dicintaimu, Bila jalinan hati kini mengerahku, Tapi haruskah diriku pasrah, Diriku mengalah
Memang cinta tiada bermata,Bisa cintakan sedih juga babahgia, Ku ini terjerat kernanya, Sesal lepaskan dia
Korus
Jalannya cinta menodai hati, Aku dicinta jalinan tiada pasti, Dan aku tak harus terkalahkan, Dan diriku terabaikan, Kuikuti jalannya hati
Memang cinta tiada bermata, Kisah cinta kan sedih juga bbahgia, Ku ini terjerat kernanya, Sesal lepaskan dia
Ulang Korus
Ohhh...
Dan aku tak harus terkalahkan, Dan diriku terabaikan,
Kuikuti jalannya hati,
nota: Sedih je bila dgr lagu ni.. macam2 terlintas di fikiran.....

Posted at 12:44 pm by bungamerahku
Permalink
Thursday, January 13, 2005
Cinta Seorang Teman (BoB AF2)

Dulu engkau kukenali
Tak pernahpun sedar
Dari mata yang memandang
Penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Dipersimpangan usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan
Telah kucantumkan semua
Impan bersama Dalam jalinan yang kita bina berdua
Namun apakah erti bila
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu selalu
Agar disini
Korus:
Duhai teman bisakah kau fahami
Sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mengujudkan kenyataan
Tak sanggup kehilangan mu
Ohh..
Telah ku cantumkan impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua
Namun apakah erti bila keinginan telah terlanjur
Lalu menganggu sanubariku
Uuhh..yeahh
Bridge:
Kucubakan bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukkan mu
Puisi indah yang nyatakan
Kata dirnduku
Masa yang berlalu meragui
Seluruh harapanku kini
Mengapakah bertanya dimana kesudahan kita
Korus:
Duhai teman bisakah kau fahami
Sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mengujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu

Posted at 03:25 pm by bungamerahku
Permalink
|